Tabung COVID-19: Kumpulan Naza sumbang RM1.25 juta

oleh SALINA JALIL|
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, Kumpulan Naza menyumbangkan RM1.25 juta kepada Tabung Covid-19.


Cek sumbangan diserahkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri semalam.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

SM Nasarudin berkata, pihaknya berharap sumbangan Kumpulan Naza dapat membantu golongan yang terjejas daripada segi kewangan disebabkan kehilangan sumber pendapatan kesan pandemik Covid-19.

 

"Kami bersyukur dengan komitmen tanpa mementingkan diri yang ditunjukkan petugas perubatan, anggota polis dan tentera serta frontliner lain dalam membantu menguruskan keadaan ini dan menjaga keselamatan kita.

 

"Kumpulan Naza juga akan memikirkan secara aktif bagaimana untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan krisis Covid-19.

 

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh kritikal ini," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka (kerajaan) telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan…
Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Informasi
Syarikat-syarikat automotif yang berpayung di bawahkumpulan Naza adalah seperti Naza Italia, NZ…