TAG Heuer hasilkan jam edisi Max Verstappen - cuma 1,300 unit

oleh Penyumbang Rencana 2|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama jam premium Swiss, TAG Heuer telah menghasilkan model khas sempena pemandu Formula 1 bagi Pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen.

Diasaskan dari siri jam Formula 1 oleh TAG Heuer, jam Verstappen ini mempunyai logo 33, nombor kereta Formula 1 pemandu tersebut.

Selain dari itu, TAG menambah garisan menegak yang berunsurkan bendera negara Belanda, tanahair Verstappen.


 

 

Jam bersaiz 43mm ini menggunakan pergerakan kronograf quartz dan di sebelah belakang, logo Red Bull Racing dilarik dengan cermat.

Warna merah dan hitam menambahkan lagi ciri-ciri sport jam ini.

Sebenarnya, ini ialah kali ketiga TAG menghasilkan jam bersama dengan Verstappen dan model kali ini akan dihadkan kepada 1,300 unit sahaja.

Anda boleh menempah jam Verstappen anda di mana-mana pengedar TAG di dalam negara.