Tag Heuer lancar dua jam tangan tema Mario Kart, dari RM20k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak perlu kami jelaskan apa itu Mario Kart, setidak-tidaknya semua orang sudah kenal game yang sangat ikonik ini di dunia permainan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi peminat tegar, mereka boleh menunjukkan semangat fanatik mereka dengan memiliki sebuah jam tangan edisi terhad yang dihasilkan oleh Tag Heuer.

Dua model jam tangan diperkenalkan, iaitu Formula 1 Chronograph dengan produksi hanya 3,000 unit dan Formula 1 Tourbillon Chronograph yang lebih mahal dan unit produksi hanya 250 unit sahaja.
 

Tourbillon


Tag Heuer membawakan casis titanium gred 5 bersaiz 45 mm untuk model jam tangan Tourbillon Chronograph.

Ciri yang paling menonjol sudah pasti komponen tourbillon berayun yang terletak pada kedudukan jam 6 yang mempunyai ikon Mario memandu sebuah go kart, Bullet Bill dan cengkerang Koopa.
 

Tag Heuer


Pada bahagian bezel pula menempatkan emblem Mario Kart.

Di sebalik penutup casis belakang yang diperbuat daripada kaca kristal sapphire itu turut menampilkan bayang watak Mario, Luigi dan Princess Peach memandu go kart mereka, sementara komponen crown pula menampilkan logo M.

Harga jualan jam tourbillon ini mencecah $25,600 (RM120,230.40).
 

Tag


Tag Heuer Formula 1 Chronograph sudah pasti pilihan yang jauh lebih murah, dan dihasilkan dalam 3,000 unit sahaja.

Ia menampilkan pegerakan automatik Calibre 16 yang dilindungi oleh casis keluli 44 mm, dengan ikon Mario Kart yang muncul pada bahagian sub-dial, dan paparan barangan tambah kuasa seperti bintang, cendawan, cengkerang biru dan kulit pisang pada bahagian paparan tarikh.

Jam tangan Formula Chronograph ini memiliki tanda harga $4,300 (RM20,195).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Tahun dan bulan di mana Porsche pertama kali memperkenalkan model 911 Carrera RS 2.7 bertempat di…
Berita Global
Menurut Porsche, jam tangan pintar ini diinspirasikan daripada model sedan elektrik Porsche Taycan…
Berita Global
Porsche bekerjasama dengan syarikat jam tangan terkemuka, Tag Heuer, dan pasukan baharu ini…