Tahap keselamatan jambatan kaca cetus kebimbangan di China setelah pelancong terkandas

oleh SALINA JALIL|
Sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.


Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.


Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan.

 

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.

 

Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.

 

"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.

 

"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.

 

Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.

 

Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016.

 

 

-  Dengan keadaan cuaca yang sentiasa berubah di negara tersebut, adakah jambatan-jambatan ini di uji pada kadar ekstrem bagi memastikan ia kukuh? Dan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan para pelancong tidak menjadi 'korban' yang sia-sia?-

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…