Tahukah anda? Dacia Sandero ini tidak sampai 6 ribu pound pada 2013!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dacia Sandero 2013
Dacia Sandero 2013
Tahukah anda? Sewaktu dilancarkan pada 2013 di United Kingdom (UK), Dacia Sandero ditawarkan pada harga 5,995 pound. 

Harga yang begitu berpatutan dan paling rendah untuk kereta baharu di UK. Fenomena itu mencetuskan persoalan mampukah Sandero bertahan lama?

Mengimbas kembali sejarah, Dacia diasaskan pada 1966 dan berada di bawah pemilikan Renault Group sejak 1999. 

Menariknya, Nissan yang juga berada di bawah Renault turut memiliki dan melancarkan semula Datsun sebagai jenama mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dacia Sandero 2013

 

Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran Asia dan Eropah. Bezanya ialah Dacia kekal teguh sehingga kini. 

Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, data Jabatan Pengangkutan dan Agensi Perlesenan Pemandu dan Kenderaan UK menunjukkan satu dapatan menarik.

Dacia memaklumkan hampir 90 peratus Dacia Sandero yang didaftar pada 2013 masih lagi berada di dalam keadaan baik.

Daripada 8,795 unit Sandero dan Sandero Stepway yang dijual pada 2013, sebanyak 7,794 (88.6%) berada di atas jalan dan diguna secara kerap.

 

Dacia Sandero Stepway 2013
Dacia Sandero Stepway 2013

 

Secara ringkasnya, harga mampu milik dan ketahanan boleh dibuat dalam satu pakej. Kualiti juga tidak semestinya didatangkan pada harga tinggi.

Data ujian kelayakan jalan raya MOT yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan menunjukkan beberapa unit Sandero telah pun dipandu hampir 482,803 kilometer (km).

Data sama juga menunjukkan 2,017 unit Sandero dan Sandero Stepway sudah mencecah enam angka perbatuan.

Sebuah unit berwarna putih merekodkan angka 477,399 km di dalam pemeriksaan MOT terkini.

 

Dacia Sandero 2013

 

Secara keseluruhannya terdapat lebih 5,000 unit kenderaan Dacia di UK yang sudah pun dipandu melebihi 160,000 km dan trend itu menunjukkan peningkatan.

Sebuah Dacia Duster yang dibeli pada 2014 dipandu sejauh 760,276 km dan direkodkan di dalam ujian terbaru pada 2022.

Duster sendiri diperakui pengguna dan memenangi kategori SUV Kecil Terbaik di dalam tinjauan Auto Express Driver Power 2023.

Sejak 2013, lebih 250,000 unit kenderaan Dacia terjual di UK dan sebanyak 27,313 unit dibeli pelanggan pada 2022 atau peningkatan 55 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

Dacia Sandero Stepway dan Sandero 2013
Dacia Sandero Stepway dan Sandero 2013

 

Jika 2013 menyaksikan Sandero dijual di bawah 6,000 pound, bagaimana dengan sekarang? 

Sudah meningkat namun masih lagi mampu milik iaitu bermula daripada 13,795 pound (RM80,648).

Di UK, Sandero digerakkan dua pilihan enjin turbo iaitu TCe 90 1.0 liter atau TCe 100 Bi-Fuel 1.0 liter petrol/LPG.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Dacia Sandero 2023
Dacia Sandero 2023