Tahukah anda, Land Cruiser Series 70 sudah habis terjual hingga tahun 2024?

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada model klasik Toyota yang masih lagi dijual baru pada masa kini adalah Land Cruiser Series 70, walaupun generasi baharu Land Cruiser telah pun diperkenalkan secara rasmi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model Land Cruiser Series 70 ini muncul buat kali pertama pada tahun 1984, dan masih lagi boleh dibeli baharu selepas 38 tahun, di mana ia amat popular di negara Australia dan juga Afrika Selatan.
 

SUV


Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, barisan menunggu bagi model tersebut amat panjang, malah ada pengedar Toyota yang mendakwa tempahan sedia ada hanya boleh diselesaikan pada tahun 2024!

Ia diburukkan lagi dengan masalah rantaian bekalan yang melanda global yang mampu menjejaskan lagi produksi model off-road tersebut.
 

LAND CRUSER


Di pasaran Australia, Land Cruiser J70 boleh didapati dalam versi SUV dengan enjin 4.5 liter diesel turbo V8, diikuti dengan model trak pikap kabin berkembar dan kabin tunggal.

Tidak seperti model yang muncul pada tahun 80-an, Land Cruiser J70 yang masih lagi dijual pada masa  ini telah dipertingkatkan spesifikasinya, di mana ia mendapat kemudahan moden seperti sistem pendingin hawa, ABS, tingkap berkuasa, kawalan jelajah, skrin sentuh bersaiz 6.1 inci dengan sokongan navigasi dan Bluetooth, serta bantuan mula mendaki untuk varian tertentu.
 

LC70


Selain daripada faktor tahan lasak dan boleh dipercayai, harga jualan sekitar julat AU$67,400 (RM208,314) juga turut menyumbang kepada populariti Land Cruiser J70, dan sebagai perbandingan, Land Cruiser Series 300 dijual pada harga bermula AU$89,900 (RM277,856).

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…