Tahukah anda? Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW

oleh Muhammad Md Tajudin|
Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW
Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW
Agenda kenderaan mesra alam sekarang ini memang hebat dengan yang terbaru kerajaan United Kingdom mengharamkan jualan kenderaan baharu janaan sepenuhnya bahan api petrol dan diesel pada tahun 2030.

Satu perkara tentang kenderaan mesra alam ialah prosesnya sendiri dari awal hingga akhir yang turut perlu diberi perhatian.

Sebagai contoh proses melombong untuk bahan pembuatan bateri sehingga dikitar semula atau dillupuskan.

Kita tidak mahu setakat kereta sahaja yang mesra alam malah perlu merangkumi proses menyeluruh dari awal hingga akhir.

Ini pula satu daya usaha menarik dari Kumpulan Volkswagen dalam mempercepatkan agenda perlindungan perubahan suhu. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW

 

Volkswagen Group Logistics bakal mengisi kapal penghantar kenderaannya menggunakan minyak dari sisa sayuran yang diiktiraf. 

Bahan bakar itu dihasilkan dari bahan seperti minyak terpakai dari restoran dan industri makanan.

Ianya bukan sekadar perancangan apabila kapal penghantar kereta pertama akan diisi semula dengan minyak ini buat kali pertama pada pertengahan November 2020 dan kapal kedua dijadualkan pada awal 2021.

Menurut Ketua Volkswagen Group Logistics, Thomas Zernechelkadar CO2  yang dihasilkan 85 peratus lebih rendah berbanding minyak fosil biasa dan sumbangan terhadap perlindungan suhu sangat besar.

 

Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW

 

Untuk Eropah, Volkswagen Group Logistics menyewa dua kapal yang membawa sehingga 3,500 kenderaan dengan jumlah perjalanan sekitar 50 kali setahun dari Emden melalui Dublin (Ireland), Santander (Sepanyol) dan Setubal (Portugal) dan kembali ke Emden. 

Di dalam perjalanan tersebut, sekitar 250,000 buah kenderaan baharu AUDI, SEAT, ŠKODA, Volkswagen Passenger Cars dan Volkswagen Commercial Vehicles dibawa setiap tahun.

Dua kapal itu yang berukuran 180 meter digerakkan enjin diesel MAN dengan kuasa lebih dari 19,000 PS.

Pada masa akan datang, kedua kapal itu akan diisi bahan bakar di luar pesisir pantai Vlissingen (Belanda) dengan bahan bakar alternatif yang dibekalkan syarikat GoodFuels dari Belanda.

 

Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW

 

Melalui kaedah ini, pelepasan CO2 dari dua kapal tersebut akan dikurangkan lebih dari 85 peratus atau dari lebih 60,000 tan kepada sekitar 9,000 tan sahaja setahun.

Turut memberi faedah apabila pelepasan sulfur oksida hampir dapat dielakkan.

Tindakan yang diambil ini merupakan sebahagian dari stratergi untuk menjadikan logistik kumpulan VW lebih mesra alam.

 

Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW

 

Selain itu, VW turut menggunakan gas asli cecair (LNG) bagi menguasakan kapal penghantar kenderaan. Kapal-kapal ini bergerak di antara Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin.

Tidak hanya di laut, semua penghantaran kereta api di Jerman yang menggunakan khidmat syarikat DB Cargo dalam proses penukaran kepada jenis janaan yang mesra alam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Minyak masak terpakai isi pada kapal logistik VW