Tahukah anda? Mirage model Mitsubishi ke-3 terlaris di AS pada 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pasaran automotif Amerika Syarikat yang merupakan kedua terbesar dunia menarik untuk diikuti dan diperhatikan.

Di sana banyak model global baharu dilancarkan yang kemudian disusuli pasaran lain.

Saiz pasaran besar juga membolehkan pengeluar menawarkan model khusus yang tiada di pasaran lain.

Walaupun begitu, ada juga model yang dihentikan di pasaran lain terus dijual dan dikemaskini di sana.

Sebagai contoh Mitsubishi Mirage yang pertama kali diperkenalkan di Amerika Utara pada 2013.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Mirage 2020
Mitsubishi Mirage 2020

 

Menariknya Mirage terus popular sehingga menjadi model ketiga terlaris Mitsubishi di AS pada 2019.

Bukan setakat itu, jualan Mirage pada 2019 ialah 26,966 unit, lebih tinggi berbanding 24,316 unit pada 2018.

Angka jualan itu adalah untuk model lama kerana versi facelift belum lagi dilancarkan di sana.

Dari segi tarikan, Mirage memiliki dua kelebihan utama iaitu tahap penggunaan minyak yang rendah dan harga mampu milik. 

 

Mitsubishi Outlander
Mitsubishi Outlander

 

Selain itu, Mitsubishi turut mencatatkan prestasi cemerlang pada 2019 dengan jualan tertinggi sejak 2007.

Sebanyak 121,046 unit kenderaan terjual dengan peningkatan 2.5 peratus berbanding 2018.

Ini adalah tahun ketujuh berturut-turut Mitsubishi mencatatkan peningkatan jualan dan tahun ketiga berturut-turut melebihi 100,000 unit.

Penyumbang utama jualan pada 2019 ialah SUV Outlander sebanyak 37,965 unit. 

Di tempat kedua ialah Outlander Sport atau dikenali sebagai ASX dengan jualan berjumlah 33,644. 

 

Mitsubishi Eclipse Cross
Mitsubishi Eclipse Cross

 

Di belakang Mirage pula Eclipse Cross sebanyak 19,661 unit. Sebuah lagi SUV iaitu Outlander PHEV terjual sebanyak 2810 unit, menurun berbanding 4166 unit pada 2018.

Kepada yang bertanya mengenai Lancer, sedan itu juga lama di pasaran sebelum pengeluaran dihentikan pada 2018. Pada tahun itu Lancer terjual sebanyak 3302 unit.

Jelas di sini Mitsubishi unggul melalui SUV namun jualan tinggi Mirage sebagai kereta kompak juga membuktikan sesuatu.

Tidak menghairankan kenapa Mitsubishi mengambil keputusan untuk memperbaharuinya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, laman Automotive News mendedahkan model sedan dan hatchback segmen B…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Berita Global
Ia diperkenalkan secara rasmi oleh Mitsubishi mendahului acara Thailand Motor Show yang bakal…