Enjin 4.7 liter V8 pada Boomerang berkuasa 317 hp dengan kelajuan hampir 300 km/j. Boomerang menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan enjin memacu roda belakang.
Untuk sebuah model era 70-an, angka itu adalah luar biasa.
Model sport coupé dua tempat duduk ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum namun DNA gayaan kekal pada seni buatan Giugiaro yang lain.
Bentuk baji (wedge) sebegini dikembangkan kepada beberapa kereta sport jalanan termasuk model penumpang yang dijual kepada orang ramai.
Jika ada yang terpesona dengan reka bentuk kereta hari ini yang tajam dan agresif, rekaan sebegitu sudah berusia puluhan tahun.
Paksi reka bentuk Boomerang adalah garisan melintang yang membahagikannya kepada dua dengan cermin depan yang landai dan bumbung panoramik.
Tingkap sisi dipisahkan kepada dua manakala lampu depan tersorok ke dalam dan garisan pada seksyen depan kemas bersimetri.
Satu lagi perkara menarik ialah gugusan meter dipasang terus pada stereng tanpa rongga.
Satu-satunya unit Boomerang dibawa ke banyak pameran antarabangsa dan sudah beberapa kali bertukar pemilik.
Seperti yang dikatakan di awal artikel, Boomerang tidak dikeluarkan kepada umum namun DNA Giugiaro ini boleh dilihat pada banyak buah model lain.
Sebuah lagi jenama hebat juga mempunyai reka bentuk baji sebegini dan walaupun hasil tangan pereka berbeza, kedua-dua pengeluar tersebut berasal dari Itali.
Penulis: Muhammad Md Tajudin