Tahukah anda? Nissan ada jurutera hidu bau kereta baharu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Qashqai
Nissan Qashqai
Apabila berkunjung ke bilik pameran dan mencuba kereta baharu biasanya kita akan terhidu bauan yang tersendiri. Bau tersebut adalah sinonim untuk kereta baharu.

Dari mana datangnya bau tersebut? Atau setara manakah ia penting untuk sesebuah pengeluar kereta?

Untuk Nissan ianya sangat penting sehingga menggaji jurutera khas supaya bauan kereta baharu dapat memuaskan hati pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini yang dikongsikan Nissan melalui SUV Qashqai baharu.

 

Peter Karl Eastland

 

Bauan kereta baharu diletakkan sebagai salah satu dari kriteria yang perlu dipenuhi di dalam proses reka bentuk, pembangunan dan pengujian Qashqai.

Jurutera Nissan bekerja keras bagi mendapatkan bau yang bersesuaian dan secara langsung memperakui bauan kereta baharu adalah ciri penting untuk pemilik merasa bangga dengan pembelian mereka.

Cuba bayangkan perasaan anda apabila membawa pulang kereta baharu? Gembira kan?

Satu jawatan menarik di dalam bidang ini ialah Ketua Jurutera Penilai Bauan yang dipegang oleh Peter Karl Eastland di Pusat Teknikal Nissan Eropah.

Peter Karl Eastland memiliki Sarjana Kimia dengan Sains Forensik dari Universiti Leicester.

 

Peter Karl Eastland

 

Selain kelayakan akademik beliau mempunyai anugerah tidak ternilai iaitu deria bauan yang tinggi. Ciri tersebut disedari sejak beliau kecil lagi.

Bersama jurutera dan juruteknik Nissan, beliau bertanggungjawab untuk memastikan bauan kereta baharu memberikan respon positif kepada pelanggan.

Dalam membangunkan Qasqhai, perhatian diberikan bagi menaikkan ambien dalaman seperti pemasangan dan kemasan, penggunaan kulit bermutu dan teknologi yang mesra pengguna.

Apabila semuanya bagus, adalah penting untuk pelanggan tidak terhidu bauan yang kurang enak.

Dari mana datangnya bauan kereta baharu?

 

Nissan Qashqai 2021

 

Menurut Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Nissan, David Moss, bauan kereta baharu adalah dari proses pembuatan dan hasil kerja berbulan lamanya di dalam fasa pembangunan kereta.

Skop kerja mereka merangkumi analisis penggunaan bahan dan kimia seperti fabrik kerusi, gam dan polimer supaya bahan-bahan tersebut tidak menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Peter Karl Eastland dan rakan sekerjanya menguji kesemua bahan seperti bahagian lembut pada balutan kerusi di dalam pelbagai keadaan mengikut persekitaran dunia sebenar.

Satu perkara yang diperhatikan ialah sifat bahan kimia seperti bauan boleh berubah mengikut suhu.

 

Nissan Qashqai 2021

 

Apabila bahan baharu atau kimia menjejaskan keseluruhan ambien di dalam kereta, beliau dan rakan sekerja perlu mengenal pasti alternatif lain bagi memastikan bauan kereta baharu terjamin.

Peter Karl Eastland bukan seorang sahaja pakar bau di Nissan, beliau mempunyai rakan sejawat di pusat teknikal di Atsugi, Jepun dan Farmington Hills, Amerika Syarikat.

Standard global di dalam penilaian bauan ini menunjukkan Nissan memberi perhatian kepada perkara terperinci agar produk globalnya mematuhi piawaian kualiti tertinggi.

Siapa sangka bau dalam kereta pun diberi perhatian sebegini penting! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Qashqai 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…