Tahukah anda, Toyota ada hasilkan RAV4 Limousine?

oleh Mohamad Hanif|
Di mata dunia, crossover segmen C Toyota RAV4 ternyata popular sehingga dinobatkan sebagai model SUV paling laris di dunia, serta paling laris terjual di beberapa buah pasaran, seperti contoh di Amerika Utara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota RAV4 dibangunkan berdasarkan pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-K) dan berkongsi dengan model Camry generasi kelapan, Avalon (generasi kelima) dan Lexus ES.

Di Jepun, bertempat di kilang Toyota Motor Kataoka lokasi pemasangan Toyota RAV4, terdapat sebuah model RAV4 yang cukup aneh diperlihatkan - RAV4 limousin - dihasilkan oleh para pekerja di sana.

 


Projek "Takaoka RAV4 Limousine" ini dijalankan oleh sekumpulan 200 orang pekerja dan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan.

Menurut kisah yang dilaporkan oleh laman Car Watch Jepun, antara perkara yang mengejutkan hadir dari projek ini adalah proses  penghasilan yang tidak menggunakan sebarang lukisan kejuruteraan dan menggunakan tenaga tangan sepenuhnya!

 


Para pekerja di Toyota Motor Kataoka telah menambah dimensi sebanyak 812 mm antara pintu hadapan dan belakang, dengan memotong badan SUV itu terlebih dahulu sebelum mencantumkan semula struktur tambahan tersebut.

Walaupun produk akhir tidak begitu selari dengan garisan badan RAV4 sedia ada, RAV4 Limousine ini merupakan sebuah crossover yang berfungsi sepenuhnya, namun tanpa sebarang kehadiran tempat duduk tambahan.
 


Ini bermakna, konfigurasi ruang kabin masih kekal dengan lima tempat duduk seperti mana Toyota RAV4 standard.

Menurut ketua projek ini, penghasilan RAV4 Limousine adalah untuk memenuhi tujuan berikut iaitu memberikan cabaran dan pengalaman baharu kepada para pekerja, selain meneroka kemungkinan baharu yang terhasil antara kedua-dua mesin dan manusia.

 


Sumber: Car Watch