
GoCar kini memiliki lebih daripada 1,000 orang pengguna bagi mengalami pemanduan bandar yang tenang dan bersih di kawasan Lembah Klang melalui pilihan perkongsian program GoEV.
90 peratus daripada pelanggan GoEV terdiri dari mereka yang pertama kali memandu kenderaan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Pasaran EV di Malaysia telah mendapat momentum, khususnya dalam pembangunan infrastruktur pengecasan dan pengenalan lebih banyak model EV daripada pelbagai jenama. Namun, akses kepada orang ramai masih menjadi cabaran."
"Kos yang tinggi untuk membeli EV sememangnya tidak berdaya maju untuk kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa mencabar."

Buat masa ini GoEV hanya tersedia untuk perjalanan pergi dan balik dalam zon kawasan yang sama mengikut kiraan jam, harian, mingguan atau bulanan.
Kadar bayaran bermula dari RM24.90 sejam atau RM249 sehari, manakala untuk tempahan sebulan bayaran bermula RM232 sehari.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web GoCar atau muat turun aplikasi mudah alih GoEV.
Penulis: Ahmad Danial Yasin