Tak dapat beraya? Jom layan crawler Traxxas Ford Bronco 1:10 belakang rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Pelaksanaan SOP Aidilfitri yang caca marba menyebabkan sebilangan besar kita mati kutu walaupun sudah dua hari sambutan Aidilfitri berlangsung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudahlah tidak dapat merentas negeri balik kampung, surat saman pula menanti bagi mereka yang berdegil melanggar perintah larangan ziarah dan kunjung mengunjung rumah terbuka.

 


Bagi mereka yang mempunyai laman rumah yang luas, anda mungkin boleh memecahkan kebosanan dengan menyambar rock crawler kawalan jauh terbaharu dari Traxxas.

Rock crawler Ford Bronco berskala 1:10 ini merupakan antara model replika yang hampir menyamai model sebenar malah ia turut diiktiraf secara rasmi oleh Ford sendiri!

 


Ia dibangunkan menggunakan platform off-road TRX4 yang turut sama digunakan pada model Land Rover Defender, lengkap dengan ciri-ciri seperti locking differential depan belakang kawalan jauh, serta transmisi high/low range.

Anda boleh menghabiskan masa selama dua jam bermain dengan rock crawler ini, terima kasih kepada pek bateri LiPO berkapasiti 5,000 mAh.

 


Untuk 'pemanduan off-road' yang mengujakan, Traxxas telah mengintegrasikan pek bateri dan trenkuasa ke dalam casis supaya boleh menawarkan sudut mendatang 52 darjah, serta sudut pelepasan 49 darjah.

Bukan itu sahaja, cangkuk tunda yang dipasang secara standard dan nampak realistik itu turut mempunyai keupayaan untuk menunda beban seberat 4.5 kg.

 


Harga jualan untuk kit penuh bermula dari $549.95 (RM2,269), namun Traxxas juga turut menawarkan binaan badan Bronco tambahan yang lengkap dengan gril, cermin sisi, pemegang pintu, dan fender flare dengan kos cuma $144,99 (RM598.16).