Tak lama lagi, anda mungkin boleh beli kereta Tesla guna Bitcoin

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Inc melabur sejumlah US$1.5 bilion (RM6.1 bilion) di dalam kriptowang Bitcoin, dan merancang untuk menerima matawang tersebut sebagai salah sebuah cara pembayaran kepada para pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu kenyataan, Tesla membuat pertaruhan terhadap Bitcoin setelah mengemaskini polisi pelaburan yang membenarkan syarikat tersebut untuk melabur di dalam aset digital, termasuklah emas bullion dan dana pertukaran emas.

"Kami berharap untuk menerima bitcoin sebagai salah satu cara pembayaran untuk produk-produk kami pada masa akan datang, tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

Langkah terbaharu yang diambil oleh Tesla ini merupakan susulan kepada tindakan Elon Musk yang mengubah biodata di akaun Twitter miliknya kepada #bitcoin.

Disebabkan berita ini, nilai Bitcoin mencecah rekod nilai tertinggi menghampiri US$45,000 (RM182,633).

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…