Tak larat menunggu, golongan T1 kini beli kereta pra-milik Bentley, Rolls-Royce!

oleh Mohamad Hanif|
Krisis kekurangan bekalan cip telah memberikan kesan besar kepada produksi kenderaan semasa, sehinggakan ada yang terpaksa menghentikan sementara produksi dan menyebabkan masa menunggu yang semakin bertambah lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah ini walaubagaimanapun tidak memberikan kesan yang ketara kepada pengeluar kenderaan mewah, memandangkan jumlah produksi yang lebih kecil berbanding kebanyakan pengeluar automotif yang lain.

Akan tetapi, mereka juga turut menghadapi masalah yang sama - masa menunggu yang agak lama dan ini menyebabkan kebanyakan pelanggan mula mencari alternatif iaitu kenderaan pra-milik dan ini mengakibatkan harga jualan kereta terpakai mula melonjak naik.

Menurut laporan daripada Edmunds, bulan Jun menyaksikan peningkatan harga sebanyak 30 peratus untuk kenderaan pra-milik, malah sebuah McLaren 765LT dilaporkan memiliki tanda harga 40 peratus lebih tinggi berbanding harga saranan jualan asal!

 


Seperti yang dilaporkan oleh Automotive News, Rolls-Royce kini mempunyai senarai menunggu sehingga enam bulan untuk tempahan baharu walaupun syarikat itu tidak menghadapi sebarang masalah akibat krisis kekurangan bekalan cip.

Ini kerana, opsyen penyesuaian yang ditawarkan sedikit sebanyak melambatkan lagi masa produksi untuk setiap kenderaan, di mana kebanyakan pelanggan Rolls-Royce mahukan kenderaan mereka dibina mengikut spesifikasi yang dikehendaki, termasuklah pelbagai opsyen yang harganya hanya mampu dilihat oleh golongan B40.

Ini dibuktikan menerusi rekod jualan Rolls-Royce di Amerika Utara, di mana 75 peratus daripada jumlah jualan terdiri daripada program kenderaan pra-milik Provenance, meningkat berbanding jumlah terdahulu (33 peratus).

 


Bukan setakat Rolls-Royce, pesaingnya Bentley juga turut melaporkan peningkatan sebanyak 53 peratus dalam jualan kenderaan pra-milik, berbanding peningkatan sebanyak 34 peratus bagi jualan kenderaan baharu untuk tempoh yang sama.

Sumber: Automotive News Europe, Edmunds