Tak mampu beli Bugatti? Beli rim BBS ini, bermula dari RM39k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, Bugatti merupakan antara kenderaan idaman yang tidak dapat dimiliki oleh kebanyakan pihak disebabkan harganya yang terlalu mahal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, jika anda mahu, terdapat barangan Bugatti yang lebih murah untuk dimiliki, dan barang yang dimaksudkan itu adalah sebuah rim BBS yang dihasilkan untuk model Bugatti EB110.

Bakal dijual menerusi bidaan di RMSothebys pada 21 April ini, harga yang diminta dikatakan bermula dari €8,000 (RM39,012) sehingga €12,000 (RM58,547) bertempat di Copenhagen, Denmark.

 


Untuk rekod, harga tersebut masih lagi murah jika dibandingkan dengan nilai satu set rim Veyron yang dijual pada harga $100,000 (RM412,980) seperti yang dijumpai oleh CarScoops dua tahun yang lalu.

Malah, set kelengkapan ruang kabin Veyron yang merangkumi tempat duduk, papan pemuka, konsol tengah, panel pintu, roda stereng, tombol gear, dan gugusan butang fungsi turut dijual pada harga $150,000 (RM619,470) pada akhir tahun 2018!

Tidak cukup dengan itu, pihak Carscoops turut menemukan sebuah dokumen asal yang mempamerkan harga penukaran komponen untuk Bugatti Veyron seperti:

  • tangki bahan api - $43,000 (termasuk kos labur)
  • turbo - $6,500 termasuk kos labur $9,000 untuk penukaran sepasang turbo. Bugatti Veyron ada empat turbo!

 


Harga jualan sebuah Bugatti EB110 dengan jarak perbatuan yang rendah mempunyai nilai sekurang-kurangnya $1 juta (RM4.13 juta), kurang sedikit berbanding sebuah Veyron, sementara sebuah Bugatti Chiron pula memiliki nilai melebihi $3.2 juta (RM13.22 juta).

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Binaannya yang terkini, Bugatti Centodieci hanya dihasilkan sebanyak sepuluh unit sahaja dan telah…
Berita Global
Menurut ketua pengarah unit rekaan, Achim Anscheidt berkata, "untuk membawakan rekaan klasik kepada…