Empat tahun mungkin satu tempoh yang agak lama, dan bagi mereka yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang cukup tinggi, boleh cuba dapatkan khidmat GBT Restyling Bodykit yang berasal dari China.
Penawaran ini membolehkan mana-mana pemilik model Land Cruiser generasi 200 untuk mengubah penampilan SUV mereka menjadi sebuah Land Cruiser 300 Series.
Di bahagian hadapan, GBT menawarkan pakej rekaan bampar dan gril yang disemak semula, diikuti dengan unit lampu yang menyamai model baharu, beserta dengan lampu nyalaan siang LED.
Selain itu, GBT turut mereka semula unit lampu belakang supaya boleh disesuaikan dengan kemas pada Land Cruiser 200, dan menyamai unit yang ada pada model Land Cruiser 300.
Tidak ketinggalan, bahagian pintu tailgate dan bampar baharu turut ditawarkan supaya anda boleh mendapat satu pakej rupa paras Land Cruiser 300 yang cukup lengkap.
Tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini.