Tak suka gril besar BMW M4? Boleh dapatkan kit badan Avante Design

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sudah diterangkan dan diberikan penjelasan oleh BMW beberapa kali berhubung rekaan kontroversi 4-Series dan BMW M4 generasi baharu, ia masih lagi menjadi buah mulut netizen setiap kali kami menerbitkan artikel berkenaan kereta tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang masih lagi tidak berpuas hati dengan rekaan gril buah pinggang menegak sebesar alam itu, boleh cuba mendapatkan khidmat daripada Avante Design yang kini sedang membangunkan kit badan lebar untuk BMW M4.

 


Kit tersebut membolehkan anda mengekalkan identiti asal BMW M4, atau menggantikannya dengan rekaan gril buah pinggang yang lebih senonoh dan senang mata melihatnya.

Apa yang lebih menyerlah adalah kit badan lebar yang merangkumi penambahan dimensi  pada fender depan dan arca roda belakang, menjadikan ukuran terbaharu tujuh inci lebih lebar berbanding dimensi asal!

 


Penambahan dimensi itu turut diserikan dengan bampar kustom yang menampilkan liang kemasukan udara baharu, rekaan hud bespoke, kehadiran liang udara pada fender hadapan, skirt sisi yang tersendiri, serta pemasangan sayap kekal di bahagian belakang.

Avante Design tidak mendedahkan secara rasmi harga jualan sebenar, namun sudah pasti unit yang bakal ditawarkan ini adalah terhad.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, ia dijelmakan semula dan direalisasikan sebagai sebuah model yang paling eksklusif pernah…
Berita Global
Syarikat penala Vorsteiner nampaknya telah berjaya memikirkan satu penyelesaian bagi masalah rupa…
Berita Global
Namun, antara hakikat yang perlu diterima adalah BMW sebenarnya masih lagi sudi menawarkan…