Takahashi Kunimitsu, Itoh Mitsuo terima anugerah Motorcycle Hall of Fame Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pada 15 Disember lalu, Persekutuan Motosikal Jepun (MFJ) telah mewujudkan anugerah nasional Motorcycle Hall of Fame dengan menyenaraikan dua orang insan yang bertanggungjawab menaikkan nama Jepun di dalam sukan permotoran dua roda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insan pertama yang menerima penganugerahan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Takahashi Kunimitsu, seorang bekas pelumba bagi pasukan Honda. 


Beliau terkenal kerana berjaya menaikkan nama Honda menerusi kemenangan di World GP 1961 menerusi kelas perlumbaan 250 cc di Hockenheimring, Jerman Barat. 

Namun, insiden kemalangan di Isle of Man TT pada tahun 1962 menyebabkan beliau menarik diri daripada sukan permotoran dua roda. 


Semangat yang masih kuat, beliau tidak terus mengundurkan diri, sebaliknya menceburkan diri di dalam sukan permotoran empat roda dengan menjadi pemandu kepada pasukan Taisan dengan jentera Nissan R32 GT-R, bersama-sama dengan rakan seperjuangannya Tsuchiya Keiichi. 
 


Calon kedua ialah Mitsuo Itoh, warga Jepun pertama yang memenangi Isle of Man TT pada tahun 1963 menerusi jentera Suzuki RM63 (kelas 50 cc Ultra-Lightweight). 

Beliau yang berasal daripada Shizuoka Prefecture itu aktif berlumba sejak penganjuran kedua Asama Volcano pada tahun 1959, selain menceburkan diri dalam Formula Junior menggunakan jentera Suzuki Fronte RF. 

The Motorcycle Federation of Japan (MFJ) telah ditubuhkan pada tahun 1961 dan memberikan khidmat servis, bantuan dan kelas tunjuk ajar kepada para pelumba, sama seperti peranan Japan Automobile Federation (JAF). 

Dengan adanya anugerah Hall of Fame ini, diharap sejarah Jepun di dalam sukan permotoran dua roda ini akan terus kekal di dalam ingatan para peminat negara Matahari Terbit itu. - Japanese Nostalgic Car