Takeo Fujisawa disenarai di dalam Automotive Hall of Fame, pengasas bersama Honda Motor

oleh Muhammad Md Tajudin|
Soichiro Honda (kiri), Takeo Fujisawa (kanan) - 1973
Soichiro Honda (kiri), Takeo Fujisawa (kanan) - 1973
Ramai mengenali Soichiro Honda, individu hebat yang mengasaskan Honda. Di dalam syarikat tersohor Jepun itu, ada seorang lagi tokoh hebat iaitu Takeo Fujisawa yang bersama-sama mengasaskan Honda Motor Co., Ltd.

Beliau akan disenaraikan di dalam Automotive Hall of Fame pada acara penganugerahan yang berlangsung pada 20 Julai di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.

Soichiro Honda disenaraikan ke dalam Automotive Hall of Fame pada 1989 dan eksekutif automotif pertama dari Jepun yang menerima pengiktirafan tersebut.

Dilahirkan pada 10 November 1910, Fujisawa asalnya mahu menjadi seorang guru! Disebalik cita-cita itu, beliau ditakdirkan untuk bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat keluli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Soichiro Honda (kiri), Takeo Fujisawa (kanan)

 

Fujisawa kemudian beralih kerja dan berkhidmat dengan syarikat perkayuan dan pada masa inilah sejarah tercipta apabila beliau berjumpa dengan Soichiro Honda pada Ogos 1949.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira setahun selepas Honda Motor Co., sebuah perusahaan kecil yang ditubuhkan di Hamamatsu, Jepun.

Pertemuan kedua-dua tokoh itu sebenarnya berlaku selepas pelancaran Dream D-Type yang boleh dianggap sebagai sebuah motosikal penuh pertama Honda.

Walaupun mempunyai personaliti dan kemahiran berbeza, Honda dan Fujisawa mempunyai keserasian sebaik sahaja bertemu.

 

Honda Super Cub C125 Pearl Cadet Gray 2023

 

Kedua-duanya mula berbincang secara mendalam mengenai pendekatan perniagaan mereka dan impian masa depan.

Hubungan itu terjalin secara rasmi apabila Fujisawa menyertai Honda Motor pada Oktober 1949. 

Sebagai presiden syarikat, Honda mengekalkan tanggung jawab pada bahagian reka bentuk produk, pembangunan teknologi dan operasi pengeluaran.

Di antara ciptaan beliau semestinya Honda Super Cub yang merupakan produk mobiliti terlaris dunia.

Fujisawa pula bertanggung jawab sebagai orang kanan dengan menguruskan aspek perniagaan seperti jualan, kewangan dan pemasaran.

 

HondaJet Elite

 

Kebijaksanaan yang dimiliki Fujisawa di dalam pemasaran, kepekaan dalam perniagaan yang kuat serta kebolehan dalam mengatur strategi menjadi padanan yang sempurna.

Honda seorang yang begitu pandai di dalam kejuruteraan dan mempunyai wawasan di dalam dunia mobiliti.

Kerjasama itu berlangsung selama 25 tahun sehingga kedua-duanya bersara pada Mac 1973.

Fujisawa memainkan peranan besar di dalam perniagaan global Honda termasuk di Amerika Syarikat di mana beliau menjadi watak utama di dalam menembusi pasaran negara itu.

Keputusan perniagaan beliau masih lagi mempunyai impak hingga ke hari ini.

 

Honda Marine

 

Berikut tiga jasa utama Takeo Fujisawa:

Memulakan perniagaan Honda, "To succeed in the U.S. is to succeed worldwide!"

  • Selaku pengarah urusan kanan Honda, beliau mengambil langkah mencabar dengan menubuhkan American Honda, subsidiari Honda pertama di luar Jepun
  • Pada masa itu, jumlah pasaran motosikal di AS tidak lebih daripada 60,000 unit setahun dan kebanyakannya motosikal kuasa besar
  • Terdapat cadangan untuk mengembangkan operasi di Asia di mana motosikal dari Eropah dan seperti yang dihasilkan Honda digunakan di sana
  • Individu yang mencadang itu mengatakan Amerika adalah 'land of automobile' dan sukar untuk Honda
  • Fujisawa mempunyai fikiran berbeza dan mahu memasuki pasaran Amerika
  • Dari situ terbit kata-kata beliau yang terkenal "To succeed in the U.S. is to succeed worldwide!"

Mewujudkan rangkaian pengedar bebas di AS

  • Terdapat cadangan untuk Honda mengikuti pendekatan syarikat Jepun lain dan bergantung kepada syarikat perdagangan untuk memulakan jualan di AS
  • Honda mengambil langkah berbeza dengan menjalin hubungan dengan banyak pengedar kecil termasuk syarikat yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang motosikal 
  • Kaedah itu berjaya mengembangkan perniagaan Honda di serata AS
  • Menjelang pertengahan 60-an, Honda menjadi jenama motosikal terlaris di AS!

Menubuhkan syarikat P&P berasingan

  • Di atas inisiatif Fujisawa, Honda R&D Co., Ltd. ditubuhkan pada 1960 sebagai sebuah syarikat berasingan
  • Asas keputusan tersebut dibuat berdasarkan dua objektif iaitu mahu memberi kebebasan kepada jurutera Honda tanpa disekat oleh naik dan turun perniagaan harian syarikat
  • Penubuhan itu juga bagi melindungi keupayaan Honda dalam menghasilkan inovasi apabila mereka tidak lagi dapat bergantung kepada kebijaksanaan Soichiro Honda
  • Honda R&D Co. terus berkembang sehingga ke bidang perniagaan baharu seperti industri penerbangan

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

​Honda F150