Takut kena cekup polis, mat rempit lari dalam semak

oleh SALINA JALIL|
Gara-gara takut diberkas polis, sekumpulan penunggang motosikal bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah, Meru, pada hari Ahad.


Tindakan mereka tidak berhasil apabila dapat diberkas anggota polis yang mengepung kawasan berkenaan selepas menyedari wujud enam laluan tikus yang digunakan penunggang motosikal tersebut.

 

Kumpulan remaja itu sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas daerah dari Klang ke Sungai Buloh semata-mata untuk berlumba haram.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam operasi selama lapan jam berakhir pukul 12 tengah malam itu, sejumlah 51 motosikal dan 58 individu telah diperiksa.

 

“Sebanyak 218 saman telah dikeluarkan terhadap pemilik motosikal atas pelbagai kesalahan.

 

“14 buah motosikal turut disita kerana tiada lesen memandu dan ubah suai kenderaan,” ujarnya lagi.

 

Sebanyak 26 kompaun turut dikeluarkan ke atas remaja yang berusia 13 hingga 22 tahun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat masa sekarang, hukuman bagi lumba haram cuma RM300. Pindaan itu juga mahu mendenda ibubapa…
Berita Domestik
  “Kita telah mendapat arahan daripada pihak Kementerian Pengangkutan untuk meneliti semula dan…
Informasi
  Dan gambaran buruk itu dihangatkan lagi dengan kejadian kemalangan membabitkan tiga penunggang…