Tali perkenal helmet pintar dengan lampu brek dan isyarat terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
Dengan misi untuk menjadikan tunggangan di jalan raya yang lebih selamat, Tali Connected - sebuah syarikat pemula yang berasal dari Perancis - telah memperkenalkan sebuah helmet pintar.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Pintar" di sini membawa maksud, helmet anda akan menawarkan sambungan kepada Bluetooth, boleh dioperasikan menggunakan arahan suara, memainkan muzik, membuat panggilan telefon dan juga sistem navigasi pemetaan. 

Selain daripada itu, ia juga akan turut membuat panggilan kecemasan sekiranya sistem mengesan pelanggaran. 

Namun, ciri tersebut adalah biasa (dan bosan) untuk produk helmet pintar. 
 


Ciri menarik yang ada pada helmet Tali Connected ini adalah lampu brek dan isyarat terbina dalam!

Menggunakan isyarat yang dihubungkan kepada sistem motosikal, lampu jenis LED tersebut akan menyala sekiranya penunggang membrek atau memberikan isyarat untuk membelok. 

Tali telah membangunkan helmet ini selama tiga tahun dan dikatakan bakal melancarkan produk ini sebelum tahun 2020 berakhir dengan tanda harga jualan sekitar $1,200 (RM4,892).