Tambahan panggilan semula 77,708 unit kenderaan Honda Malaysia untuk penggantian pam bahan api (fuel pump)

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan penarikan balik produk yang melibatkan tambahan 77,708 unit kenderaan Honda untuk menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.


Model Honda yang terlibat adalah dari tahun keluaran 2018 sehingga 2020 yang merangkumi Accord, BR-V, City, City (HEV), Civic, CR-V, HR-V, HR-V (HEV), Jazz dan Jazz (HEV).
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

 

Model yang terlibat adalah seperti berikut:

 

list

 


Honda Malaysia memohon  maaf di atas kesulitan kepada pelanggan yang terjejas dan meyakinkan bahawa semua model jualan yang sedia ada tidak terjejas dalam penarikan balik produk ini.

 

Honda percaya bahawa penarikan semula produk ini adalah sebagai langkah pencegahan untuk mengatasi kemungkinan kesukaran untuk menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan berhenti secara tiba-tiba.

 

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang akan merangkumi perincian penarikan balik produk. 

 


Pelanggan juga boleh memeriksa samada kenderaan mereka terlibat dalam penarikan pam bahan api ini melalui aplikasi HondaTouch. 

 


Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana peniaga sah Honda untuk membuat janji setelah menerima pemberitahuan untuk mengganti pam bahan api, bergantung pada ketersediaan alat ganti.

 

Penggantian pam bahan api yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok penggantian akan disediakan secara berperingkat.

 


Sehingga hari ini, tidak ada kejadian kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini yang dilaporkan di Malaysia.

 


Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau memeriksa status kenderaan mereka pada penarikan produk dalam aplikasi HondaTouch atau dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau log masuk ke htpps://www.honda.com.my/productrecall.honda.com.my untuk memeriksa status kenderaan mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, menyatakan bahawa…
Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…
Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…