Tambahbaik sistem pengangkutan awam agenda utama MOT - Anthony Loke

oleh Penyumbang Rencana 2|
Tiga aspek utama yang bakal ditumpukan oleh Kementerian Pengangkutan ialah penambahbaikan pengangkutan awam, digitalisasi perkhidmatan dan keselamatan jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berharap penambahan tren dapat dibuat bagi mengurangkan kesesakan pengangkutan awam.

Namun katanya, hal itu bergantung kepada perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi melihat kekangan teknikal yang ada sekiranya frekuensi tren ditambah terutamanya ketika waktu puncak.

“Semalam saya sendiri telah menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bertujuan untuk memahami keadaan sebenar masalah yang dihadapi pengguna, saya perlu berbincang dengan operator dalam minggu ini bagi mendapatkan penjelasan perancangan mereka.

“Yang kita harap dapat laksanakan ialah tambah kekerapan tren tetapi ini ada cabaran teknikal sama ada sistem kita boleh hadapi frekuensi yang lebih kerap dan sebagainya.

 


“Semalam yang saya lihat setiap tren (kekerapan) dalam lima minit tetapi semalam pukul 6 petang ada tren tergendala dan terpaksa dibawa secara manual dan ada tren terpaksa berhenti di atas platform hampir lima minit,” katanya selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu di sini hari ini.

Mengenai digitalisasi dalam perkhidmatan, Loke berharap perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai dapat dibuat secara digital sekali gus melancarkan operasi agensinya.

“Digitalisasi telah kita mulakan masa saya dalam kementerian sebelum ini antaranya sistem pendaftaran nombor plat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) eBid…ada banyak sektor yang perlu kita laksanakan pendigitalan baik di JPJ, Jabatan Laut dan pengangkutan awam, saya rasa kita mesti berusaha ke arah ini (digitalisasi).

“Visi saya mahu lihat dari sekarang keseluruhan perkhidmatan yang kita bagi kepada rakyat boleh ditawarkan secara digital tanpa ada kontak fizikal selari dengan norma baharu pandemik COVID-19,” katanya.

Sumber: Bernama 

Berita Berkenaan

Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…