Tambang percuma myBAS Konsesi kini di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto NSTP/Azrul Edham
Bermula hari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah meneruskan inisiatif tambang percuma 'myBAS Konsesi' yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu dilaksanakan di tiga bandar iaitu di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru, menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST)

Katanya, tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti disasarkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun.

Dalam satu sidang media hari ini, Loke berkata insiatif yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,500 pengguna golongan sasar.

Pengguna bakal menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga-tiga bandar raya terbabit yang membabitkan keseluruhan 58 laluan.

Loke berkata, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri, di mana terdapat tujuh lokasi pendaftaran disediakan di Johor Bahru, Seremban (lima) dan satu di Ipoh.

Menurutnya juga, golongan berkenaan diharap dapat membuat permohonan bagi menerima manfaat itu yang bertujuan meringankan beban mereka, malah tiada had ditetapkan.

 

Sumber: Berita Harian