Tamiya Wild One MAX 1:1 bakal masuk produksi 2024, harga RM209k

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan kombinasi berita baik dan berita kurang menyenangkan bagi para peminat kereta Tamiya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Little Car Company dalam satu kenyataan mengumumkan model Tamiya Wild One MAX skala sebenar 1:1 akan mula memasuki fasa produksi pada tahun hadapan (2024).

Cuma, ia bakal ditawarkan dengan harga jualan yang agak mahal, bermula dari £35,000 (RM209,442).
 

MAX


Sama seperti model kawalan radio dari tahun 80-an, LCC Tamiya Wild One MAX membawakan trenkuasa elektrik terdiri daripada motor elektrik pacuan roda belakang, kelajuan tertinggi 100 km/j, serta pek bateri berkapasiti 14.4 kWh.

Dengan berat sekitar 500 kg sahaja, Wild One MAX ini mampu bergerak sejauh 200 km untuk sekali cas penuh.
 

MAX


Menariknya, Wild One MAX diklasifikasikan di bawah kategori kuadrisikal, sama seperti Citroen Ami. Bermakna di sesetengah tempat anda tidak perlu mempunyai lesen memandu yang sah untuk membawa buggy ini.

Antara ciri lain termasuklah tempat duduk bucket Cobra lengkap dengan sistem abah-abah empat poin, konfigurasi pemanduan kanan atau kiri, sistem suspensi double-wishbone di bahagian belakang, skrin paparan digital lima inici, serta cermin hadapan yang lengkap dengan penyeka kaca.
 

MAX


Selain daripada itu, Wild One MAX ini turut menerima penyerap hentak Bilstein, spring Eibach, tayar off-road Maxxis 14 inci, serta sistem brek Brembo.

Wild One MAX mempunyai jarak lega bumi setinggi 270 mm, sudut pendekatan 34.1 darjah, sudut breakover 28.4 darjah, serta sudut pelepasan 50.8 darjah yang mampu memudahkan urusan pemanduan di laluan off-road.
 

ONE


Untuk 100 orang pembeli pertama, mereka akan mendapat model Launch Edition dengan tambahan plak peringatan titanium, papan pemuka gentian karbon, fob kunci gentian karbon, serta model skala edisi terhad yang lengkap dengan decal holografik eksklusif.

Tamiya Wild One MAX ini akan memasuki fasa produksi pada awal tahun 2024, di mana pembeli yang berminat boleh meletakkan wang pendahuluan sebanyak £3,500 (RM20,947).