Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Suzaini Mohd Taib di Puspakom Jalan Bertam 23 di sini, jam 5.40 petang, 18 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana tidak lagi bekerja dan hidup ditanggung sepenuhnya oleh anak lelakinya, selain turut mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi.
Pada 16 Januari lalu, tular satu video tentang kejadian yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV), hanya kerana lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom di Taman Daya, seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom Johor Bahru, November lalu.