Tan Chong dinobat sebagai pemenang Global Nissan Aftersales Award 2020

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen selepas jualan Tan Chong muncul sebagai juara di dalam anugerah Global Nissan Aftersales Award 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pencapaian ini juga merupakan kemenangan ketiga sejak tahun 2017 yang menjadikan Edaran Tan Chong sebagai pengedar Nissan dalam menawarkan khidmat selepas jualan yang terbaik di dalam rantau Asia Pasifik.

Global Nissan Aftersales Award merupakan satu penghormatan paling berprestij oleh Nissan Motor Co Ltd bertujuan untuk memberikan dorongan, meningkatkan kecemerlangan operasi khidmat selepas jualan, serta meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh dunia.

Beberapa kriteria turut diteliti merangkumi aspek prestasi perkhidmatan dan alat ganti, layanan dan kepuasan pelanggan, serta kualiti pengurusan perniagaan.

Menurut Michael Yao Tsu-Wei selaku ketua unit khidmat selepas jualan TCEAS berkata, "kami amat berbangga dapat diiktiraf sebagai antara pengedar Nissan Aftersales yang terbaik dari seluruh rantau, dan kemenangan sebanyak tiga kali sejak tahun 2017 merupakan bukti kepada pendekatan berteraskan pelanggan, dedikasi dalam prestasi perkhidmatan dan juga kerja berpasukan.

Kesemua pusat servis Nissan beroperasi seperti biasa ketika pelaksanaan Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara, kecuali di kawasan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Para pelanggan adalah digalakkan untuk menempah slot servis menerusi aplikasi mudah alih DriveOn, atau laman web www.tceas.com, atau talian Nissan Customer Care Centre di 1800-88-3838 atau dengan menghubungi sendiri pusat servis berdekatan.

Jaminan sedia ada masih lagi sah walaupun servis penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan ketika tempoh Fasa 1 dan 2 PPN.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…