Tanam batu nesan di jalan berlubang, kurang dari 12 jam jalan dibaiki!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Brotherhood Shah Alam
Seorang lelaki telah bertindak meletakkan batu nisan di dalam lubang besar di tengah jalan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.


Kadang – kadang tindakan tak masuk akal secara spontan boleh membuat hajat tercapai. Atau paling tidak pun, akan mendapat perhatian dengan cepat dan dengan sekelip mata. Jika sudah macam-macam cara dilakukan tetapi tidak dapat, jalan terakhir mungkin kena guna cara yang boleh dikatakan agak gila – gila tapi cemerlang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Gambar yang dimuatnaik oleh 'Facebook' Brotherhood Shah Alam itu telah menunjukkan seorang lelaki membina ‘kubur’ dari salah sebuah lubang besar di tengah jalan sekitar Klang.

 

Selepas gambar itu viral, pihak berkuasa yang bertanggungjawab membaik pulih jalan tersebut telah hadir untuk memperbaiki lubang tersebut dalam masa kurang dari 12 jam. Sebuah video telah disiarkan di laman 'Facebook' Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah dibaiki oleh pihak berkuasa.

 

Ia ditujukan kepada satu pihak majlis perbandaran dan batu nisan itu dikatakan simbol bagi kehidupan pengguna jalan yang berisik0 untuk mengalami kecederaan disebabkan jalan yang berlubang.

 

Ikatan Silaturrahim Ikhwan adalah kumpulan aktlvis keselamatan jalan raya yang terkenal dengan kerja-kerja amal seperti membaiki jalan menggunakan dana mereka sendiri.

 

- Perlu 'gegar' mereka ini baru berhasil gamaknya!!! -

 

sumber: mimbaurradhah