Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan

oleh Firdaus Razani|
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berpesan kepada penduduk negeri Kelantan yang mahu ke Thailand agar tangguh dulu jika tiada urusan penting.

Ia susulan insiden letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

"Sebelum ini insiden itu (letupan bom) berlaku di sekitar kawasan kampung sahaja, namun ia sudah menular sehingga ke bandar serta kawasan tumpuan ramai.

"Jadi kita bimbang berada di tempat yang salah pada waktu yang salah," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Jumaat.

Hadir sama ialah, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria.

Menurut beliau, sikap berhati-hati perlu ada dalam kalangan setiap warga tempatan yang berkunjung ke negara berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua rakyat Malaysia antara lapan individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada Isnin.

Perkara tersebut disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

 

SUMBER : SinarHarian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, kenderaan pengiring tersebut…
Berita Domestik
  "Kompaun paling banyak yang dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan rentas negeri dan daerah…
Berita Domestik
  Katanya, polis kini sedang menunggu laporan penuh daripada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia…