Tarik kereta Axia, tiga lelaki ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Tiga individu yang bertindak merampas dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Axia di persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Lalang telah ditahan polis, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata, tangkapan dibuat semalam susulan video tular menunjukkan suspek bertindak merampas kereta berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek diupah seorang pemberi pinjaman wang untuk merampas kereta dinaiki anak mangsa.

Menurut Mohd Asri, kejadian pada jam 7.45 pagi Rabu itu didapati berlaku gara-gara ibu mangsa yang berusia 57 tahun gagal melunaskan hutang pinjaman along.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


"Ibu mangsa telah membuat pinjaman wang RM100,000 dengan seorang lelaki dan membuat perjanjian bertulis, sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman, dia akan menyerahkan kenderaannya kepada lelaki berkenaan.

"Disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan hutangnya, pemberi pinjaman bertindak merampas kereta yang dipandu mangsa sewaktu berhenti di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Butterworth.

"Akibat kegagalan ibu mangsa membayar balik wang pinjaman, maka pemberi pinjaman telah mengupah orang untuk merampas kereta anak mangsa.

"Ketiga-tiga suspek berkenaan adalah orang upahan yang diupah pemberi pinjaman terbabit.

"Semasa tangkapan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah dan polis akan membuat permohonan reman ke atas mereka hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Pihak polis masih dalam usaha mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menularkan video kejadian berkenaan dan merujuk kepada pihak yang berkenaan untuk pengesahan maklumat.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebuah kenderaan milik penunda kenderaan dipecahkan di cermin hadapan.   "Berikutan itu,…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata dalam kejadian…
Berita Global
Mercedes-Benz UK bagaimanapun telah menyatakan di dalam kontrak perjanjian pinjaman bahawa ia akan…