TAS 2019 - Daihatsu Copen Coupe, 200 unit terhad untuk pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan k-car di Jepun, selain daripada kereta-kereta kecil yang dikhususkan untuk kegunaan pelajar, pakcik dan makcik, Daihatsu juga ada menawarkan sports car convertible dalam kelas yang serupa, iaitu Copen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada awalnya, Daihatsu Copen hanya ditawarkan dalam versi roadster, enjin tiga silinder 660 cc (sesuai dengan kelas k-car), sistem suspensi yang telah dinaiktaraf serta penawaran panel badan yang pelbagai. 

Namun, menjelang kehadiran acara Tokyo Auto Salon 2019, Daihatsu mengesahkan mereka akan menjual Copen Coupe - versi bumbung kekal - dengan pemilihan barangan seperti bumbung suria, sistem suspensi HKS dan sistem ekzos yang lebih sporty. 
 


Dibina dalam 200 unit terhad, k-car tersebut turut dilengkapi dengan stereng daripada Momo, paddle shifter (untuk transmisi CVT), serta rekaan lampu daripada Copen generasi pertama berbentuk bulat. 

Dari segi penawaran kuasa pula, enjin tiga silinder bersesaran 658 cc tersebut masih dikekalkan khidmatnya yang mampu menjana 64 ekor kuda, 92 Nm daya kilas, serta limited-slip differential (LSD) sebagai ciri standard.


Daihatsu juga sebelum ini ada menghasilkan konsep shooting brake untuk ditawarkan pada Copen, namun sehingga kini mereka masih membisu berkenaan hal tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua konsep tersebut masing-masing dibina berdasarkan Suzuki Jimny widebody (pasaran Eropah)…
Berita Global
Manakan tidaknya, selain daripada pameran kereta-kereta talaan aftermarket berprestij di dunia, ia…
Berita Global
Mira Tocot Sporza Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu,…