TAS 2019 - Elemen retro kuasai model konsep Honda S660 Neo Classic Racer, Trip Van

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Tokyo Auto Salon 2019, Honda akan mempamerkan sebuah konsep yang menggunakan kereta 660cc mereka, iaitu Honda S660 dengan kemas kini baharu yang lebih ke arah konsep retro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep retro kereta kelas kei dengan enjin tengah (mid-engine) ini digelar sebagai Honda S660 Modulo Neo Classic, di mana ia pernah memenangi hadiah utama ketika acara Tokyo Auto Salon 2016.

Kit badan retro ini mengubah habis rupa asal S660 dengan menampilkan pelindung lampu utama daripada plastik, fender flare yang dipasang secara bolt-on, spoiler hadapan dan belakang, grafik berwarna biru dan merah, serta cermin sisi pada fender. 


Tidak diketahui sama ada Honda melakukan modifikasi kepada nadi enjin, akan tetapi enjin tiga silinder sebaris standard Honda S660 mampu menghasilkan 63 kuasa kuda dan 104 Nm daya kilas dengan pilihan transmisi manual atau CVT. 
 


Selain daripada itu, Honda juga turut mempamerkan Honda Trip Van yang dibangunkan berdasarkan Honda N-Van dengan penampilan elemen retro seperti tempat duduk vinyl, trim kayu, stereng tiga batang dan rim besi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua konsep tersebut masing-masing dibina berdasarkan Suzuki Jimny widebody (pasaran Eropah)…
Berita Global
Manakan tidaknya, selain daripada pameran kereta-kereta talaan aftermarket berprestij di dunia, ia…
Berita Global
Mira Tocot Sporza Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu,…