TAS 2019 - Mitsubishi pamer Delica D:5 off-road, konsep Street Sports untuk Outlander dan Eclipse Cross

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran rasmi Mitsubishi Delica D:5, mereka turut memberikan tawaran pilihan daripada pihak pengedar berupa barangan off-road kepada minivan kotak tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Antara aksesori yang ditawarkan termasuklah mud-flap, tempat pemijak kaki sisi, serta rak bumbung manakala tayar pula disyaki masih menggunakan spesifikasi standard kilang. 

Konsep tersebut akhirnya bakal dipertontonkan di acara Tokyo Auto Salon 2019 dengan tambahan aksesori lampu LED pada rak bumbung - tipikal sebuah kenderaan yang dikhususkan untuk kegunaan off-road. 

Selain daripada itu, tiada sebarang perincian dilepaskan oleh Mitsubishi, dan kita hanya perlu menunggu acara TAS 2019 berlangsung tidak lama lagi. 
 


Mitsubishi juga turut mempersembahkan konsep Street Sport pada dua buah model iaitu Outlander PHEV dan Eclipse Cross. 

Untuk kedua-dua model tersebut, perubahan diberikan kepada aspek luaran seperti penampilan grafik baharu yang memberikan warna dua tona, rim aloi yang lebih besar, serta kemasan akhir yang disertakan dengan elemen warna kuning yang tampak kecil namun memberikan impak yang agak baik. 
 


Mitsubishi Outlander PHEV menggunakan enjin 2.0 liter MIVEC (177 kuasa kuda/185 Nm) dengan pek bateri berkapasiti 13.8 kWh, manakala Mitsubishi Eclipse Cross pula menggunakan nadi 1.5 liter berkuasa turbo yang mampu menjana 152 kuasa kuda dan 249 Nm daya kilas sebelum kuasa tersebut disalurkan ke jalan menerusi transmisi CVT. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua konsep tersebut masing-masing dibina berdasarkan Suzuki Jimny widebody (pasaran Eropah)…
Berita Global
Manakan tidaknya, selain daripada pameran kereta-kereta talaan aftermarket berprestij di dunia, ia…
Berita Global
Mira Tocot Sporza Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu,…