TAS 2022: ARTA perlihat Honda NSX Legavelo

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2022, pasukan perlumbaan Jepun yang terkenal ARTA memperlihatkan sebuah Honda NSX yang telah dimodifikasi yang digelar sebagai Legavelo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga bermula dari 25.3 juta yen (RM929k).

Bahagian panel luar NSX ini banyak menggunakan bahan daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) yang merangkumi bahagian muka hadapan, hud berliang, fender hadapan berliang, diikuti dengan fender bersegi pada bahagian belakang.
 

ARTA


Meskipun rupa paras NSX kini jauh lebih berpetak, pihak ARTA hanya memasangkan spoiler yang kecil di bahagian belakang, sebelum diakhiri dengan empat tip ekzos yang disusun seakan ekzos model Pagani Zonda.

Ruang kabin juga turut mendapat kemasan gentian karbon, diikuti dengan balutan Alcantara pada tempat duduk, roda stereng dan panel pintu.
 

ARTA


Honda mengakhiri produksi NSX generasi kedua menerusi pengenalan model Type S berkuasa 600 hp, yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar yang mampu menukar gear 50 peratus lebih cepat.

Daripada 350 unit yang dihasilkan, 50 unit dikhususkan untuk pasaran Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…
Berita Global
Bagi mereka yang aktif membaca, Nissan Z generasi baharu itu sendiri merupakan satu contoh yang…