TAS 2022: Honda bawakan barisan konsep yang menarik

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model prototaip Honda Civic Type R, Honda juga bakal membawakan barisan model-model konsep yang menarik untuk tatapan umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebahagian besar daripadanya merupakan kereta-kereta kei yang telah diubah suai untuk kegunaan tertentu, termasuk sebuah konsep kereta pantas yang sporti.

 

N-WGN Picnic

N-WGN


Seperti namanya, N-WGN Picnic merupakan sebuah model konsep untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti piknik di hujung minggu.

Ia menampilkan layangan warna dua tona, panel kayu di bahagian sisi, serta rak bumbung.

 

K-Climb

K-CLIMB


Sebuah kereta kei yang dihasilkan untuk tujuan catatan masa pantas mendaki bukit.

Antara perubahan yang ada termasuklah bampar depan yang sporti, gril depan yang unik, sistem ekzos tengah serta sayap belakang yang agak besar.

Ruang kabin pula menempatkan pemasangan sangkar keselamatan bagi melindungi pemandu.




N-Van Third Place

N-VAN


Honda N-Van ini telah diubahsuai untuk menjadi sebuah kafe bergerak yang comel.

Model one-off ini mempunyai pemasangan bumbung kanopi, sistem pencahayaan luar, rak bumbung, dan ruang kabin yang telah diubah seakan sebuah kedai kopi yang sohor di media sosial.
 



Fit e:HEV Crosstar

Fit


Bukan sebuah kei car, akan tetapi Honda Fit (Jazz) yang menggandingkan padanan hatchback dan crossover.

Fit e:HEV Crosstar ini mendapat rekaan bampar yang agak ranggi, diikuti dengan pemasangan lampu tambahan, skid plate palsu, tayar yang lebih besar dan berkemungkinan besar mendapat suspensi yang telah ditinggikan.

Ia diakhiri dengan pemasangan rak bumbung dan layangan aksen hitam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…