TAS 2022: Subaru dedah konsep STI E-RA, hypercar elektrik 1,073 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2022, Subaru nampaknya cuba untuk menarik perhatian dunia dengan memperkenalkan STI E-RA Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

STI E-RA (Electric Record Attemp) Concept ini merupakan sebuah projek kajian sukan permotoran yang bertujuan untuk memecahkan rekod pusingan terpantas Nurburgring di bawah enam minit 40 saat pada tahun 2023.

Ia dikuasakan oleh empat motor elektrik dan inverter terintegrasi yang disumberkan daripada Yamaha, dan berupaya menjana kuasa sehingga 1,073 kuasa kuda yang dipadankan dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 60 kWh.
 

E-RA


Jentera lumba konsep ini juga turut dilengkapi dengan teknologi 'torque vectoring' yang rumit, di mana komponen ini akan menerima isyarat daripada pelbagai penderia yang menentukan kelajuan pusingan roda, kelajuan kenderaan, sudut stereng, daya G, kadar yaw, tekanan brek dan beban roda untuk menentukan pemanduan terbaik, serta tekanan brek yang bersesuaian untuk setiap roda.

Dari segi rekaan, STI E-RA membawakan rupa paras yang sama seperti mana-mana prototaip jentera lumba, diikuti dengan unit lampu utama dengan lampu nyalaan siang DRL berbentuk C.
 

E-RA


Aspek aerodinamik boleh dilihat dengan jelas menerusi pemasangan splitter hadapan yang menonjol, diffuser belakang yang agak agresif, skup udara pada bumbung, serta sayap belakang yang agak besar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…