TAS 2023: Reruai BMW bakal tampilkan struktur jeriji buah pinggang gergasi!

oleh Mohamad Hanif|
Rekaan jeriji buah pinggang pada model M3 dan M4 tak cukup besar? Mahukan sesuatu yang mampu memuaskan nafsu anda?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempah tiket ke Jepun sekarang!

Ini kerana BMW dilapor bakal menyediakan sebuah struktur jeriji ikonik mereka pada acara pameran Tokyo Auto Salon akan datang.

Struktur tersebut turut mempunyai lencana M3 pada sudut atas kanan, serta bukaan yang membolehkan para pengunjung 'mengintai' apa yang ada di sebalik ruang pameran tersebut.
 

M3


Tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh BMW, namun pengeluar itu dijangka akan memperkenalkan sebuah model baharu untuk pasaran Jepun.

Selain itu, terdapat juga model jentera BMW M4 GT3 yang telah memenangi perlumbaan kelas GT300 Super GT 2022 yang akan dipamerkan, serta tidak ketinggalan sebuah M3 yang sarat dengan kelengkapan M Performance.

Tokyo Auto Salon 2023 akan bermula pada 13 hingga 15 Januari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, Mitsubishi bakal mempamerkan sehingga sembilan kenderaan yang memfokuskan kepada…
Berita Global
Untuk tahun 2023, DAMN memperkemaskan lagi penawaran kit badan Little G dengan tiga variasi yang…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…