TAS Kuala Lumpur 2023 - Top Secret Gold GTR, 815 HP, kelajuan tertinggi 377.242 kmj

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Peminat JDM seluruh dunia terutamanya di Malaysia tentunya tidak asing lagi dengan penala terkenal, Top Secret bersama pengasasnya Smokey Nagata yang sering menghasilkan jentera pemecah rekod.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu binaan terbaru Top Secret, Nissan R35 GTR atau dikenali sebagai Top Secret Gold GTR,  sah akan dipamerkan pada acara TAS Kuala Lumpur 2023.

Jentera yang sama itu merupakan pemenang dalam acara Nardo Italy High Speed Challenge, dimana ia mencatatkan kelajuan tertinggi 377.242 kmj!

 

2

 

Top Secret Gold GTR menggunakan nadi asal VR38DETT 3.8 liter V6 yang telah dirombak secara keseluruhan dengan naik taraf prestasi bagi membolehkan keluaran kuasa sehingga 815 HP!

Ia dilengkapi sistem ekzos gabungan komponen sport catalyzer dari TRUST, dipadankan dengan muffler titanium binaan Top Secret.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan GR6-SPL klac berkembar dari Borg Warner, lengkap bersama komponen klac jenis BG dari Top Secret.

 

3

 

Bagi memberikan kestabilan semasa memecahkan rekod kelajuan, Top Secret Gold GTR dilengkapi kit aero rekaan Top Secret, merangkumi set fender lebih lebar, bampar hadapan, komponen-komponen gentian karbon termasuk spoiler hadapan, skirt sisi, bonet dan juga spoiler gergasi.

Seperti nama dan binaannya yang lain, Top Secret Gold GTR  dihiasi dengan warna Top Secret Candy Gold.

Melengkapkan rupa luarannya, sistem suspensi GTR tersebut dinaik taraf dengan coilover Top Secret Dumptronic yang menampilkan penyerap hentak Top Secret Time Attack SPL bersama spring dari Swift.

 

4

 

Ia dipadankan dengan set rim OZ New Futura Top Secret bersaiz 20 inci, dengan lebar 11J (ET 33) di depan dan lebar 11J (ET 20) di belakang.

Set rim tersebut dibaluti tayar Bridgestone Potenza RE71RS bersaiz 285/35R20 di hadapan dan 285/35R20 di belakang.

 

5

 

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Bagi anda yang ingin menyaksikan binaan Top Secret Gold GTR dan bertemu sendiri dengan penala-penala terkenal seperti Smokey Nagata, kunjungi laman sesawang Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada Tokyo Auto Salon Kuala…
Berita Global
Dan salah seorang daripadanya adalah pengasas syarikat penala Top Secret, Smokey Nagata atau nama…