Tata dedah konsep Avinya - minivan elektrik berbumbung rendah, produksi menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Tata baharu sahaja memperlihatkan sebuah model konsep berkuasa elektrik dinamakan sebagai Avinya, di mana ia memberikan bayangan sebenar kepada versi produksi yang bakal dijual pada tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Avinya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud inovasi, dan ia memperlihatkan visi Tata dalam mobiliti elektrik yang dibangunkan berdasarkan senibina Gen 3 yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Dari segi luaran, Avinya dilihat menggandingkan elemen-elemen rekaan daripada minivan, SUV dan hatchback premium dengan garis luaran lebih ke arah sebuah minivan jenis bumbung rendah.
 

Avinya


Ia menampilkan jarak antara roda yang panjang yang menyumbang kepada ruang kabin yang jauh lebih luas, diikuti dengan rekaan lampu LED melintang penuh pada bahagian depan dan belakang, serta layangan warna dua tona di bahagian luar.

Pintu jenis suicide - digelar sebagai pintu rama-rama - memperlihatkan susun atur kabin dengan rekaan yang lebih minimalis, serta penggunaan bahan premium yang lebih mampan.
 

Avinya


Menurut Tata, mereka sengaja tidak menyertakan paparan skrin pada ruang tersebut bagi meminimumkan gangguan, sebaliknya mereka mendatangkan teknologi arahan suara, kepintaran buatan serta soundbar pada panel papan pemuka yang bertindak sebagai perantara penumpang dan juga fungsi sistem kenderaan.

Setiap tempat duduk mempunyai sistem kawalan iklim dan audio yang tersendiri, sementara tempat duduk depan boleh dipusingkan bagi memudahkan urusan keluar masuk.

Tidak ketinggalan, ciri semburan pewangi secara terbina dalam konsol tengah, serta roda stereng yang menampilkan gandingan sensitif sentuhan dan kawalan fizikal.
 

Avinya


Tiada sebarang spesifikasi trenkuasa didedahkan, namun EV yang dibangunkan atas senibina Gen 3 ini mampu menawarkan jarak operasi minium 500 km dengan 30 minit masa pengecasan, selain menyokong ketersambungan generasi berikutnya, serta sistem ADAS termaju.

Senibina Gen 3 itu tadi akan turut menjadi asas kepada model-model EV global Tata, selepas pelancaran lapan buah model EV baharu yang menggunakan platform yang berbeza.

Berita Berkenaan

Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…