Tata Tiago EV popular di kalangan wanita, penduduk pekan kecil

oleh Mohamad Hanif|
Tata Tiago EV merupakan kereta elektrik empat pintu yang paling murah dan paling mampu milik di India, di mana ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal berkuasa 74 hp dan 114 Nm, sementara jarak gerak boleh mencecah sehingga 315 km untuk sekali cas penuh (bergantung kepada kapasiti bateri yang dipilih).

Berpandukan data jualan semasa yang dipetik daripada laman RushLane, Tata Tiago didapati sangat popular (49 peratus) di kalangan penduduk bandar dan pekan kecil berbanding penduduk bandar besar.
 

Tata


Populariti Tiago EV di tempat tersebut berkemungkinan besar didorong oleh beberapa faktor, seperti contoh harga yang berpatutan (bermula dari Rs 8.69 lakh (RM49 ribu), diikuti dengan kemudahan pengecasan di tempat parkir peribadi yang lebih mudah dipasang berbanding penduduk di bandar besar yang rata-ratanya mendiami bangunan apartment yang tinggi.

Selain daripada itu, ia turut memiliki ciri yang sukar didapati pada model ICE varian rendah, seperti contoh unit lampu DRL, lampu utama projektor, rim bergaya, sistem infohibur Karman tujuh inci, paparan kluster digital serta sambungan kepada jam tangan pintar.
 

Tata


Pengenalan model Tiago EV ke dalam pasaran India turut memberikan kesan kepada peningkatan peratusan pembeli di kalangan wanita.

Berbanding purata industeri sekitar 12 peratus, peratusan pembeli wanita yang memiliki Tiago EV melonjak kepada 24 peratus.

Tiago EV juga dikatakan sangat popular di kalangan pembeli kali pertama (24 peratus), diikuti dengan golongan berusia bawah 40 tahun (56 peratus).

Sumber: RushLane

Berita Berkenaan

Berita Global
Citroën eC3 sememangnya nampak seiras dengan model kembarnya yang menggunakan enjin petrol, di mana…