Tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai.


Datuk Bandar, Kari Nessa Nordtun, berkata, bandar Stavanger telah memperuntukkan 200 juta Kroner Norway (US$18.4 juta) untuk projek itu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara percuma selama setahun, katanya pada Isnin.

Inisiatif berkenaan bertujuan menangani peningkatan penggunaan kenderaan persendirian dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di bandar keempat terbesar di Norway itu.

"Dengan mengurangkan pergantungan kepada kereta, bandar ini menyasarkan untuk mengurangkan kesan karbon dan kesesakan pada waktu puncak sekali gus dapat memberi manfaat kepada alam sekitar dan pemandu," kata beliau.

Oleh itu, kerajaan tempatan menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus perjalanan penumpang dilakukan dengan berjalan kaki, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam.

Penyediaan pengangkutan awam secara percuma akan membantu memastikan matlamat itu tercapai.

Belanjawan dan butiran teknikal untuk inisiatif itu dijangka diluluskan pada mesyuarat majlis perbandaran pada 19 Jun.

 

- pada pendapat anda, sekiranya konsep yang sama ditawarkan di negara kita, adakah ia akan mengurangkan kesesakan jalan raya? -

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan percubaan ini akan beroperasi selama tiga bulan sehingga 24 Disember 2023, bermula…
Berita Domestik
Dalam hantaran Facebook Exco pengangkutan awam negeri, Ng Sze Han berkata sebanyak 166 bas telah…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata, pengangkutan…