Kempen Merdeka Volvo 2020 menawarkan tiga pakej istimewa khusus untuk sedan Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Special Edition berupa:
- Insurans percuma untuk tahun pertama bernilai RM11 ribu
- Pakej optimum Polestar percuma bernilai RM5,250
- Servis Penyelenggaraan 5 Tahun percuma (VSA5+) bernilai RM9,250
Selain daripada tiga tawaran tersebut, Volvo Car Malaysia turut menambah tawaran ekstra seperti:
- baucer RM15,000 untuk pembelian aksesori model S90 Inscription Plus
- kit badan, rim serta tayar 20 inci bernilai RM35,000 untuk S90 T8 Special Edition
Para pelanggan kad kredit Maybank juga berpeluang untuk mendapat Pelan Ansuran Ezypay 0% sehingga RM30,000 yang turut merangkumi 10 kali mata ganjaran Maybank Treatpoints.
Untuk sepanjang bulan Ogos, pihak Volvo Car Malaysia telah melanjutkan kempen tempahan dalam talian yang menawarkan pakej optimum Polestar secara percuma untuk setiap kereta Volvo.
Selain daripada itu, para pembeli juga berpeluang untuk memiliki barangan eksklusif Volvo seperti jam tangan, cermin mata hitam, kereta elektrik untuk kanak-kanak serta pelbagai lagi barangan dengan harga pakej khas bernilai RM1,957.
Akhir sekali, dengan kerjasama Thule Malaysia, pemilik Volvo yang menampilkan kunci kereta mereka ketika membeli beg barangan dan beg galas Thule Crossover 2 akan dihadiahkan Thule Subterra PowerShuttle Organizer bernilai RM119. Pemilik kereta Volvo juga akan mendapat diskaun 15% untuk semua barangan Thule sehingga akhir Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka Volvo 2020, sila kunjungi http://bit.ly/VolvoMY-salesoffers atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk sebarang maklumat terkini.