Tawaran diskaun saman trafik 50 peratus 8-10 Disember ini

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 hingga 10 Disember ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang membabitkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

"Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.

Sumber: Bernama melalui Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Mohd Rashid Mohd Ridwan, 48, tidak melepaskan peluang merebut tawaran potongan 50 peratus kadar…
Informasi
Menurutnya, amalan pemberian diskaun saman trafik itu juga bukan perkara yang baik. "Malaysia…
Informasi
  Jelasnya, diskaun tersebut hanya sah dan boleh dibayar dikaunter yang dibuka di Pusat Dagangan…