Tawaran Merdeka Special sehingga RM32,000 untuk model Indian Scout dan RM29,000 untuk model Indian Chieftain Limited

oleh SALINA JALIL|
Indian Motorcycle, iaitu jenama motosikal lagenda dari negara Amerika Syarikat yang didatangkan ke Malaysia oleh pengedar tunggal, Harmony Fabulous Sdn Bhd, kini sedang mengadakan promosi sempena bulan kemerdekaan Malaysia.

Promosi yang dikenali sebagai Merdeka Special ini diberikan kepada dua model Indian Motorcycle iaitu Indian Scout dan Indian Chieftain Limited.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tawaran ini turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had pembatuan, lima kali penyelenggaraan percuma bernilai lebih dari RM2,500 (termasuk harga buruh), voucher bernilai RM3,000 dan hadiah misteri.

 

Di samping itu harga tawaran untuk kedua-dua model tersebut adalah seperti berikut:-

 

•    Indian Scout (model tahun 2016) dalam warna Smoke Silver: RM79,000 (harga atas jalan tanpa insuran)(Harga biasa: RM111,000)

 

•    Indian Scout (model tahun 2017) dalam warna Brilliant Blue: RM88,000 (harga atas jalan tanpa insuran)(Harga biasa: RM111,000)

 

•    Indian Scout (model tahun 2018) dalam warna Willow Green colour: RM99,000 (harga atas jalan tanpa insuran) (Harga biasa: RM111,000)

 

•    Indian Chieftain Limited (model tahun 2018) dalam warna Thunder Black Pearl Graphics: RM204,000 (harga atas jalan tanpa insuran)(Harga biasa: RM233,000)
 

 

Spesifikasi serba ringkas tentang model Indian Scout:

- Enjin 1133cc 
- V-Twin enjin dengan transmisi 6-kelajuan 
- Kuasa kuda maksima 100 h/p 
- tork maksima 97.7 Nm
- saiz tangki minyak 12.5 liter
- ABS di bahagian depan dan belakang tayar

 

Spesifikasi serba ringkas tentang model Indian Chieftain Limited:

- Didatangkan dengan enjin Thunder Stroke 111 V-Twin 
- Tork maksima 161.6 Nm
- ABS, push start button dan pelbagai ciri-ciri tambahan
- Infotainment dengan skrin sentuh yang bersaiz 7 inci
- Roda bersaiz 19 inci 
 

 

Promosi ini akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Sekiranya berminat sila lawati bilik pameran mereka di Naza Automall, Petaling Jaya dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, usah terburu-buru untuk mengeluarkan duit KWSP anda. Ini kerana tiada jaminan Toyota akan…
Berita Domestik
  Selain itu sebagai bonus, melalui pembelian 'Merdeka Beli & Menang' pengguna juga bakal…
Berita Domestik
Menurut pihak Naza Motor, anak syarikat Kumpulan Naza, cuma ada 40 unit yang bakal dijual dengan…