Tawaran tambang RM12 dari AirAsia untuk destinasi terpilih

oleh SALINA JALIL|
Platform airasia.com meraikan 2021 dengan jualan Big Sale yang menawarkan diskaun Cuti-Cuti Malaysia 2021 dan keperluan perjalanan penting yang lain.


Ia menawarkan tempahan tempat duduk percuma dan tambang serendah RM12 dari dari Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu; Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu; serta dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan Langkawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tawaran juga untuk pakej SNAP (platform tempahan kombo penerbangan dan hotel) selama tiga hari dua malam termasuk penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang, diskaun hingga 60 peratus untuk tempahan hotel, diskaun 20 peratus untuk elaun bagasi daftar masuk melebihi 25 kilogram, diskaun 20 peratus untuk tempah duduk Hot Seat serta diskaun 10 peratus untuk hidangan dalam penerbangan.

 

Tempahan tersedia dari 4 hingga 10 Januari 2021 di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk tempoh perjalanan antara 11 Januari 2021 dan 30 Oktober 2021.

 

Sepanjang tempoh jualan Big Sale, ahli BIG boleh mengumpul hingga lima kali ganda BIG Poin untuk setiap tempahan hotel.

 

Ahli BIG juga boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri 'One-Click' yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.

 

"Bagi menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia dan mempromosikan perjalanan domestik, jualan Big Sale airasia.com menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik untuk semua.

 

"Malaysia menawarkan pelbagai tarikan seperti alam semula jadi, warisan, budaya, bandar moden, makanan yang enak dan banyak lagi, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka tanah air kita.

 

"AirAsia sudah meningkatkan semua langkah keselamatan dengan mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam penerbangan, untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, tawaran itu membabitkan 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi,…