Tayar lori ‘terbang’, polis sahkan penunggang motosikal cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengesahkan penunggang motosikal cedera dirempuh tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Syed Putra berhampiran susur Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial mengenai kejadian itu.

Mohd Zamzuri berkata pihaknya mendapati kejadian berlaku jam 11.46 pagi membabitkan sebuah motosikal, kereta dan lori di Jalan Syed Putra dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jalan Klang Lama.

“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila tayar dari sebuah lori tercabut dan terpelanting lalu terkena motosikal dan kereta yang berada di belakangnya dari arah yang sama.

“Penunggang motosikal yang berumur 55 tahun cedera dan masih dalam rawatan hospital manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, sebanyak 50 notis PG1 iaitu larangan penggunaan…
Berita Domestik
“Kita akan memperketatkan lagi pemantauan dan pengesahan terhadap tayar celup di pasaran bagi…
Berita Domestik
"Itu yang sedang kita usahakan kerana semasa kejadian, pihak polis dan pihak PLUS tiada maklumat…