Tayar lori tercabut di lebuh raya, pemandu Aruz cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), di sini pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu lori yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak memberhentikan kenderaan selepas terdengar bunyi kerosakan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.37 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu mangsa berusia 39 tahun terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung hadapan.

 

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Kundang, Rawang pagi Rabu," katanya.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian keadaan jalan serta cuaca baik dan pihaknya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

 

Polis telah merakam percakapan pemandu lori yang berusia 30 tahun dan akan mengambil keterangan mangsa dalam masa terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan Reuters yang memetik kata-kata Naib Presiden Eksekutif Toyota, Masahiko Maeda menjelaskan,…