TC Subaru lancar sistem telematik Subaru Connex - RM1,900

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengujian selama dua tahun, TC Subaru akhirnya secara rasmi melancarkan sistem telematik Subaru Connex untuk para pemilik kenderaan Subaru di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sistem telematik ini membawakan beberapa fungsi yang mementingkan keselamatan pengguna, seperti:

Automatic Accident Alert & Response - apabila kemalangan berlaku, sistem Subaru Connex akan menghantar informasi penting seperti lokasi kemalangan, tahap impak kemalangan, serta kelajuan kemalangan secara automatik kepada pusat kawalan.

Dalam masa yang sama, sistem ini akan menghubungkan terus pusat kawalan untuk berkomunikasi dengan pemandu atau penumpang untuk mengetahui sama ada mereka memerlukan bantuan perubatan atau bantuan tepi jalan.

Sekiranya tiada respons atau sistem mengesan impak kemalangan yang serius, pusat kawalan akan terus mengubungi MERS 999 untuk menghantar bantuan Ambulans di tempat kejadian.

Enhanced Roadside Assistance - Bantuan tepi jalan yang boleh diakses dengan hanya menekan butang bCall pada peranti untuk menghubungi Subaru's Roadside Assistance

Enhanced Emergency Assistance - pengguna juga boleh menghubungi pusat kawalan untuk mendapatkan bantuan perubatan, atau menghantar servis SOS sekiranya mereka menjadi saksi kemalangan atau membantu mereka yang memerlukan.

VIP Assist - Ditawarkan khusus untuk pelanggan Subaru Connex, mereka boleh mendapatkan bantuan menerusi butang bCall, yang merangkumi:
1. Khidmat tunda tanpa had ke mana-mana bengkel Subaru yang sah sekiranya berlaku kerosakan, tersangkut dalam banjir atau kemalangan.
2. Khidmat pembaikan segera dengan nilai sehingga RM300 untuk setiap insiden
3. Kos ganti rugi sekiranya kenderaan sedang diperbaiki, nilai sehingga RM2,000 (hanya melalui bengkel Subaru yang sah sahaja).
 

Subaru Connex


Selain daripada itu, menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google PlayStore, Subaru Connex menawarkan ciri tambahan seperti sistem notifikasi pintar, paparan status kenderaan, pengurusan bateri proaktif, lokasi kenderaan, amaran kelajuan, serta bantuan pengesan kecurian.

Subaru Connex juga bakal menawarkan insurans berasaskan penggunaan (Usage-Based Insurance, UBI) di mana sistem ini bakal dilancarkan pada awal tahun 2022.

Bermula 10 September ini, peranti Subaru Connex bernilai RM1,900 boleh didapati sebagai opsyen untuk para pemilik XV dan Forester baharu, dan boleh dipasang secara retrofit oleh para pemilik XV dan Forester sedia ada di pusat servis Subaru di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sistem Telematik yang ditawarkan ini merangkumi enam perkhidmatan seperti: eCall: Pengesanan…