TC Subaru rasmi pembukaan pusat 3S baharu di Kuantan

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Subaru di Malaysia baru-baru ini melancarkan pembukaan pusat 3S Subaru bertempat di Kuantan, dan dioperasikan oleh Eastern Boxer Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S Subaru Kuantan merupakan salah satu daripada 31 fasiliti Subaru di seluruh negara, mempunyai keluasan sekitar 446 meter persegi dan mempunyai fasiliti seperti pusat pameran, ruang menunggu, ruang sembahyang, pusat servis dan bengkel.

Dengan dua service bay dan dikendalikan oleh juruteknik terlatih Subaru, pusat 3S ini mampu untuk menawarkan pembaikan sehingga 200 unit kenderaan untuk sebulan.

 


Untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pengunjung lebih terjamin, beberapa langkah pencegahan turut dilaksanakan seperti proses sanitasi pusat pameran, kenderaan, ruang kerja, serta mengambil suhu pengunjung dan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada pengunjung.

Selain daripada itu, pihak Subaru juga turut mengehadkan jumlah kunjungan pelanggan pada satu-satu masa bagi mengelakkan penularan COVID-19.

 


Pusat pameran Subaru Kuantan dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang (Isnin-Sabtu) dan 10 pagi sehingga 5.30 petang untuk Ahad dan Cuti Umum.

Sementara pusat servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi-5.30 petang (Isnin-Sabtu) dan tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…